Pelantikan Ahli Majlis PBT dari Parti Gerakan di Negeri Kedah
Selepas Pilihan Raya Negeri 2023, seorang ahli parti telah dilantik sebagai Penyelaras DUN, manakala 11 lagi ahli dari pelbagai bahagian telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri Kedah bagi tempoh dua tahun.
Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan komitmen ahli parti dalam perkhidmatan akar umbi, serta kepercayaan kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional terhadap peranan Parti Gerakan Rakyat Malaysia dalam menghubungkan suara rakyat dan kerajaan.
Parti Gerakan Rakayat Malaysia akan terus berpegang pada prinsip “Berbakti kepada Rakyat”, dan melalui lantikan ini, parti komited untuk melaksanakan tadbir urus yang telus, cekap dan berintegriti di setiap peringkat masyarakat.